Assalamu’alaikum..Sepatutnya cter ni dah di post 2 atau 3 hari lepas, tapi sebab saya x berkesempatan jadi baru sekarang dapat berkongsi cerita dengan korang semua. Saya ingin menyampaikan 2 cerita kali ini.
Pertamanya berkenaan dengan kemenangan kumpulan Sepah ketika final maharaja lawak. Sepah ni adalah antara kumpulan yang diminati oleh kebanyakan rakyat johor termasuklah saya. Namun, ramai yang beranggapan bahawa kumpulan Sepah sukar untuk menandingi populariti dan kemasyhuran kumpulan Jozan. Jadi kebanyakan beranggapan bahawa kumpulan Jozan yang bakal dinobatkan sebagai Maharaja Lawak. Tetapi sangkaan mereka termasuklah saya sendiri nyata meleset apabila kumpulan SEPAH telah dinobatkan sebagai Maharaja Lawak. Entah kenapa waktu tu saya bukan setakat rasa terkejut malahan rasa penuh bangga dan puas sebab pada saya Sepah ’deserve’ it. Kalau dilihat sepanjang 14 minggu persembahan hinggalah ke final, kumpulan Sepah sentiasa konsisten dan cuba bersungguh-sungguh memberikan yang terbaik kepada para juri, penonton dan peminat mereka. Bagi saya ini adalah kejayaan atas usaha mereka yang tidak mengenal erti putus asa dan rakyat Johor seharusnya merasa berbesar hati atas kejayaan kumpulan Sepah. Thankz Sepah!

Keduanya berkenaan Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah bagi sekolah-sekolah Johor pada hari sabtu 25/6/2011 yang telah dianjurkan di zon Tengaroh yang telah melibatkan sebanyak 14 buah sekolah. Saya dapat tahu mengenai pertandingan ni sebab adik saya yang kedua terlibat kerana mewakili sekolahnya iaitu Sekolah Menengah Ungku Husin dalam unit beruniform Jabatan Pertahanan Awam (JPA). JPA merupakan ’team favourite’ dalam pertandingan ini. Sepanjang pertandingan ini berlangsung sememangnya JPA mendapat sorakan gemuruh daripada penonton kerana kehebatan mereka berkawad. Guru pembimbing pasukan JPA juga sudah dapat mengagak JPA bakal menggondol gelaran juara pada sesi kali ini. Ini juga dikuatkan lagi dengan kawad JPA yang baru dicipta dalam gerakan ’perlahan jalan’ secara berhenjut. Seperti apa yang diceritakan JPA telah mendapat tepukan gemuruh sewaktu melakukan aksi ini. Namun, apabila tiba giliran pasukan yang terakhir iaitu pasukan Puteri Islam kesemua penonton bagaikan terpukau melihat aksi, kecekapan dan kesungguhan mereka mempamerkan kebolehan mereka berkawad. Jika saya sendiri ada di sana, mungkin juga pasukan ini akan mendapat sorakan yang lebih gemuruh kerana seperti yang kita sedia maklum pasukan Puteri Islam adalah pasukan ’underdog’ dan jarang sekali kedengaran tentang kehebatan mereka apatah lagi dalam disiplin kawad kaki. Saya sendiri tergelak apabila adik saya menceritakan bahawa pasukannya telah dimalukan oleh pasukan kawan kaki Puteri Islam kerana pasukan ini telah merampas gelaran takhta pasukan JPA dan menjuarai Pertandingan Kawad Kaki Peringkat daerah bagi sekolah-sekolah di zon Johor. Apa yang ingin saya kongsikan bersama para pembaca ialah mengenai anggapan dan persepsi orang ramai tidak akan mampu menggoyah semangat dan usaha mana-mana kumpulan atau pasukan jika kita bersatu padu serta berusaha memberikan yang terbaik dalam apa jua yang kita lakukan, insyaAllah.
- Berikan yang terbaik untuk mendapatkan hasil yang terbaik-
Assalamu’alaikum..Sepatutnya cter ni dah di post 2 atau 3 hari lepas, tapi sebab saya x berkesempatan jadi baru sekarang dapat berkongsi cerita dengan korang semua. Apa yang ingin saya sampaikan 2 cerita hari ini. Pertamanya berkenaan dengan kemenangan kumpulan Sepah ketika final maharaja lawak. Sepah ni adalah antara kumpulan yang diminati oleh kebanyakan rakyat johor termasuklah saya. Namun, ramai yang beranggapan bahawa kumpulan Sepah sukar untuk menandingi populariti dan kemasyhuran kumpulan Jozan. Jadi kebanyakan beranggapan bahawa kumpulan Jozan yang bakal dinobatkan sebagai Maharaja Lawak. Tetapi sangkaan mereka termasuklah saya sendiri nyata meleset apabila kumpulan SEPAH telah dinobatkan sebagai Maharaja Lawak. Entah kenapa waktu tu saya bukan setakat rasa terkejut malahan rasa penuh bangga dan puas sebab pada saya Sepah ’deserve’ it. Kalau dilihat sepanjang 14 minggu persembahan hinggalah ke final, kumpulan Sepah sentiasa konsisten dan cuba bersungguh-sungguh memberikan yang terbaik kepada para juri, penonton dan peminat mereka. Bagi saya ini adalah kejayaan atas usaha mereka yang tidak mengenal erti putus asa dan rakyat Johor seharusnya merasa berbesar hati atas kejayaan kumpulan Sepah. Thankz Sepah!
Keduanya berkenaan Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah bagi sekolah-sekolah Johor pada hari sabtu 25/6/2011 yang telah dianjurkan di zon Tengaroh yang telah melibatkan sebanyak 14 buah sekolah. Saya dapat tahu mengenai pertandingan ni sebab adik saya yang kedua terlibat kerana mewakili sekolahnya iaitu Sekolah Menengah Ungku Husin dalam unit beruniform Jabatan Pertahanan Awam (JPA). JPA merupakan ’team favourite’ dalam pertandingan ini. Sepanjang pertandingan ini berlangsung sememangnya JPA mendapat sorakan gemuruh daripada penonton kerana kehebatan mereka berkawad. Guru pembimbing pasukan JPA juga sudah dapat mengagak JPA bakal menggondol gelaran juara pada sesi kali ini. Ini juga dikuatkan lagi dengan kawad JPA yang baru dicipta dalam gerakan ’perlahan jalan’ secara berhenjut. Seperti apa yang diceritakan JPA telah mendapat tepukan gemuruh sewaktu melakukan aksi ini. Namun, apabila tiba giliran pasukan yang terakhir iaitu pasukan Puteri Islam kesemua penonton bagaikan terpukau melihat aksi, kecekapan dan kesungguhan mereka mempamerkan kebolehan mereka berkawad. Jika saya sendiri ada di sana, mungkin juga pasukan ini akan mendapat sorakan yang lebih gemuruh kerana seperti yang kita sedia maklum pasukan Puteri Islam adalah pasukan ’underdog’ dan jarang sekali kedengaran tentang kehebatan mereka apatah lagi dalam disiplin kawad kaki. Saya sendiri tergelak apabila adik saya menceritakan bahawa pasukannya telah dimalukan oleh pasukan kawan kaki Puteri Islam kerana pasukan ini telah merampas gelaran takhta pasukan JPA dan menjuarai Pertandingan Kawad Kaki Peringkat daerah bagi sekolah-sekolah di zon Johor. Apa yang ingin saya kongsikan bersama para pembaca ialah mengenai anggapan dan persepsi orang ramai tidak akan mampu menggoyah semangat dan usaha mana-mana kumpulan atau pasukan jika kita bersatu padu serta berusaha memberikan yang terbaik dalam apa jua yang kita lakukan, insyaAllah.
- Berikan yang terbaik untuk mendapatkan hasil yang terbaik-
No comments:
Post a Comment