Pada hari ahad, 27/6/2011 yang lepas aku bersama keluarga dan mak tehku telah pergi melawat sepupuku yang baru sahaja menjalani pembedahan apendik untuk kali yang ketiga di Hospital Pakar Sultan Ismail (HPSI) Johor Bahru. Sepupu aku tu merupakan anak sulung mak teh yang baru je berusia 19 tahun. Ini merupakan kesempatanku yang pertama untuk melawatnya sepanjang hampir 3 minggu dia berada di sana. Ini juga adalah julung kalinya aku datang ke hospital ni.
Waktu aku masuk ke biliknya terdapat satu bau yang cukup kuat menusuk hidung menyebabkan kami semua berasa pening, namun kami semua buat-buat slumber kerana takut sepupuku itu terasa hati. Cukup sayu hati aku melihat keadaannya yang kurus cekung kerana sepanjang berada di hospital, doktor tidak membenarkan beliau makan selain minum susu mengikut saluran paip yang disediakan melalui lehernya. Ibuku sendiri tak dapat nak menahan air matanya daripada mengalir.
Waktu aku masuk ke biliknya terdapat satu bau yang cukup kuat menusuk hidung menyebabkan kami semua berasa pening, namun kami semua buat-buat slumber kerana takut sepupuku itu terasa hati. Cukup sayu hati aku melihat keadaannya yang kurus cekung kerana sepanjang berada di hospital, doktor tidak membenarkan beliau makan selain minum susu mengikut saluran paip yang disediakan melalui lehernya. Ibuku sendiri tak dapat nak menahan air matanya daripada mengalir.
Cukup sadis apabila beliau yang lebih muda daripada aku menderita kerana sakit yang tidak dikekang dari awal. Asalnya sebelum beliau masuk ke hospital ini beliau telah pergi ke klinik tempat ibuku bekerja kerana mengalami sakit di bahagian perut. Namun,beliau hanya mengambil mudah kerana tidak mengendahkan arahan doktor untuk membuat rawatan lanjut di Hospital Mersing. Selang beberapa hari kemudian beliau sudah tidak mampu bergerak cergas seperti biasa dan akhirnya beliau telah dibawa ke Hospital Mersing oleh bapa saudaranya. Tidak beberapa jam kemudian, doktor di sana telah mengarahkan beliau dibawa dengan ambulans ke Hospital Pakar Sultan Ismail kerana dikhuatiri apendiknya telah pecah. Apa yang dijangka oleh doktor tersebut nyata benar kerana sememangnya setelah sampai di HPSI, doktor di sana telah melakukan pembedahan dengan kebenaran bapanya dan apendiknya telah pecah di dalam badan beliau. Kesudahannya sehingga kini, sudah 3 kali beliau terpaksa menjalani pembedahan akibat jangkitan nanah dari dalam badan.
Apa yang mampu aku lakukan dikala ini hanyalah berdoa kepada Allah semoga beliau akan diberikan kekuatan dan kesabaran menempuh ujian yang diberikanNYA, insyaAllah. Di kesempatan ini juga aku memohon doa dari kalangan pembaca agar beliau akan segera sembuh dan pulih dari penyakit ini.Amiin.
Hospital Pakar Sultan Ismail, Johor Bahru
Untuk pengetahuan pembaca, hospital ini terletak di Taman Austin Perdana dan baru sahaja beroperasi pada bulan Julai 2004, tetapi ditutup dua bulan kemudian disebabkan oleh kehadiran jangkitan kulat dikesan di hospital. Ia telah dibuka semula pada Februari 2006. Hospital Sultan Ismail dilengkapi dengan 22 wad, 18 operasi teater, termasuk lima teater untuk perkhidmatan 'jagaan harian', 2 teater di Jabatan Kecemasan. Hospital ini dilengkapi dengan katil 704. Terdapat 4 wad Kelas A dan 18 Kelas Dua dan Tiga wad. Di samping itu, sebanyak 88 katil disediakan di Unit Rawatan intensif (ICU), Unit Rawatan Koronari (CCU), Neonatal ICU (NICU), Burns Unit dan Wad Kebergantungan Tinggi khusus untuk rawatan intensif.
Mengenali Apendik
Semua orang dilahirkan dengan apendik iaitu satu tiub sempit yang terletak di tiub besar (sekum) seperti cacing. Ia hanya memiliki satu bukaan. Lapisan dalaman apendik menghasilkan sejumlah kecil mukus yang mengalir ke sekum. Dinding apendik mengandungi tisu limfa sebagai sebahagian daripada sistem imun untuk menghasilkan antibodi. Seperti kolon, dinding apendik juga mengandungi lapisan otot tetapi tidak terbentuk dengan sempurna.
Bagi manusia apendik ini tidak berfungsi. Bagaimanapun, pada haiwan yang makan daun, apendik berfungsi untuk menghadam semua selulosa yang diperoleh daripada makanannya. Bagi manusia, apa yang dihadam tidak diserap atau dicerna tapi bagi haiwan pemakan daun, apendiknya besar untuk menghadam selulosa.
Saiz apendik tidak melambangkan usia. Ada juga kanak-kanak yang memiliki saiz apendik yang lebih besar daripada orang dewasa. Apendik tidak menjadi sebarang masalah selagi ia tidak menjejaskan kesihatan seperti mengalami keradangan.
Saiz apendik tidak melambangkan usia. Ada juga kanak-kanak yang memiliki saiz apendik yang lebih besar daripada orang dewasa. Apendik tidak menjadi sebarang masalah selagi ia tidak menjejaskan kesihatan seperti mengalami keradangan.
- Sesungguhnya dari Dia kita datang dan daripada Dia juga kita akan kembali..-
No comments:
Post a Comment